SELAMAT DATANG KE LAMAN ESSEMKAY

Apakah itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1.Berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia.Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkiti dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus:
Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja.Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan ‘bersih’ daripada virus tersebut.

APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU?
Asal virus ini sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico.

Virologi virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan:
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal. Ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’Ia amat berbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi
Siapa yang berisiko:

1 Orang yang ada masaalah obesiti atau gemuk
2 Perempuan yang mengandung
3 Orang yang ada astmatic
4 Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani ‘operation’ yang besar)
5 Kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi
6 Golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV, dll)
*kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan di atas

Hari 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Hari 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 Sakit dada yang teruk-jumpa doktor dengan segera
Hari 5 dan ke atas lung collapse @ koma

Langkah Kawalan:
1 Golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
2 Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 Elakkan diri jika terdapat‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 Jika kurang sihat, elakkan diri daripada melakukan aktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang-kurangnya 3 ply mask)
6 Untuk orang yang sihat,elakkan dari kawasan yang padat.
7 Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 Tidak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin atau ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan.Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10 Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk ‘frontliner’ sahaja.dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11 Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini.

Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.

petikan ini dari laman PANDUAN GURU-GURU MALAYSIA

MAAF DI PINTA

Salam, Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya(jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan,baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapatmenjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'

BOWLING GAME IN TAIPING


Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi.
4. Menjaga kesihatan diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

ILUSI










WHY TEACHERS ARE SO STRESSED?





PROGRAM PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Gambar ini diambil ketika pemantauan dari pensyarah IPSAH
(DR Aru- berbaju batik hijau dan Encik Rujhan-berbaju batik kuning)

ORANG KATA.. CIKGU KATA.. AKU RASA

GURU PRAKTIKAL SMKK JUN-SEPT 2008
(kecuali Cikgu Laila yek yang berbaju putih tu)
ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi,
dah tua nanti taubatlah.

CIKGU KATA ..... orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... exam tu susah,
kena banyak sacrifice, constant study ..... past year papers dan macam-macam lagi.

CIKGU KATA ..... exam tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal, entah bila siapapun tak tahu,
banyak pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan.

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!

CIKGU KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat ......

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan
lazat ......
baru hati puas!

CIKGU KATA ..... ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak tempah tempat Al-Firdaus?

AKU RASA ..... betul jugak tu ......

ORANG KATA ..... successful people have a good time management,
ada bisnes di KL, New York, Tokyo .....
masih sempat berkempen untuk pilihanraya,masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

CIKGU KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi .....
ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA ..... err ..... betul cakap CIKGU!

Ikhlas Dari,
Sir Sharizal Shaari

35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.

Pelajar cemerlang akan:


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
kita ingat 10 % apayang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yg baik & memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

GURU-GURU SMK KAMUNTING

SEJARAH SEKOLAH

SMK KAMUNTING memulakan sesi persekolahannya pada 3 Januari 1984. Sekolah ini terletak di kawasan perkampungan Kg Expo, Kamunting dan berhampiran dengan kawasan Perumahan Kamunting Jaya.

LOGO SEKOLAH

Berilmu Bertambah Mutu

BUDAYA SEKOLAH

S - SMART
M - MODEST
K - KIND
K - KNOWLEDGEABLE

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SEKOLAH INI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

  • Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat perhatian dan peluan belajar sama rata ke tahap yang paling maksima.
  • Memastikan sekolah ini berada dalam keadaan yang terbaik dalam bidang akademik, kokurikulum, persatuan, disiplin, budi pekerti pelajar dan lain-lain.
  • Memastikan semua layanan perkhidmatan diberi kepada murid, guru, kakitangan, ibubapa dan orang awam yang memerlukan bantuan semasa mereka berada di sekolah ini untuk mningkatkan imej sekolah.
  • Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan segera dalam surat-menyurat, aduan dan rayuan, kewangan dan juga khidmat nasihat.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecmerlangan akademik.
  • Memastikan keceriaan sekolah sentiasa terjamin dan pelanggan berada di sekolah dalam keadaan selesa dari segala segi.
  • Membina hubungan yang kukuh lagi mesra di samping hormat-menghormati di antara semua pihak.

VISI DAN MISI

VISI
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting berhasrat untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan sebagaimana yang terkandung dalam Wawasan Pendidikan Perak dan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
MISI
  • Berusaha memperolehi pencapaian lulus yang cemerlang dalam peperiksaan awam, PMR dan SPM dengan menekankan aspek kualiti dan kuantiti.
  • Berusaha meningkatkan keemerlangan akademik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan.
  • Meningkatkan amalan berbudi bahasa, mesra dan saling hormat-menghormati.
  • Memupuk budaya membaca di kalangan warga sekolah.
  • Memupuk keyakinan diri di kalangan pelajar.
  • Menyuburkan semangat kekitaan, kesetakawanan dan kesejawatan dalam pengurusan dan kepimpinan.
  • Mencapai kecemerlangan dalam sistem pengurusan kewangan, perkembangan staf, komunikasi dan keceriaan.

AKTIVITI GURU DAN STAFF

Program Kemerdekaan Tahun 2008








PROGRAM DI AMBANG KEMERDEKAAN PADA 30/8/2008 DI SMK KAMUNTING



CIKGU LAILA BERSAMA MEREKA YANG TERLIBAT KETIKA BERKURSUS DI BTPN
21 JULAI 2008 - 15 OGOS 2008

KURSUS KDP 4 MINGGU : LATIHAN GURU BESTARI PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH 2008 (KOHOT 3)



AKTIVITI PELAJAR ESSEMKAY

Program Di ambang Kemerdekaan ke 51 di SMK Kamunting (30/8/2008)






PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT : Membersihkan Kolam Ikan SMKK : 19 Julai 2008



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING